Sunday 8 April 2012

SIKAP AHLI

As salam semua ahli Kelab Video n Fotografi,

Kamu tidak perlu bawa kamera digital untuk perjumpaan seterusnya seperti yang diumumkan tempoh hari.  Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecurian pada hari tersebut memandangkan kamera itu adalah sebuah barang berharga.

Oleh itu, memadailah kamu uploadkan gambar yang kamu ambil di luar sekolah ke facebook kita, Sharifah Vipclub.

Dalam facebook kelab ini saya juga memaklumkan bahawa saya terpaksa tolak beberapa ahli yang didapati tidak dapat memberi komitmen kepada aktiviti kelab.  Perkara ini telah saya perhatikan dalam perjumpaan yg lepas dimana terdapat ahli yang tidak serius semasa aktiviti dijalankan.  Malah ada juga yang balik tanpa kebenaran.  Saya amat memandang serius tentang perkara ini.

Sehubungan itu, jika anda masih berminat, sila perbaiki sikap anda dalam perjumpaan seterusnya.

Sehingga berjumpa lagi.....

Puan Sharifah