Sunday 8 April 2012

SIKAP AHLI

As salam semua ahli Kelab Video n Fotografi,

Kamu tidak perlu bawa kamera digital untuk perjumpaan seterusnya seperti yang diumumkan tempoh hari.  Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecurian pada hari tersebut memandangkan kamera itu adalah sebuah barang berharga.

Oleh itu, memadailah kamu uploadkan gambar yang kamu ambil di luar sekolah ke facebook kita, Sharifah Vipclub.

Dalam facebook kelab ini saya juga memaklumkan bahawa saya terpaksa tolak beberapa ahli yang didapati tidak dapat memberi komitmen kepada aktiviti kelab.  Perkara ini telah saya perhatikan dalam perjumpaan yg lepas dimana terdapat ahli yang tidak serius semasa aktiviti dijalankan.  Malah ada juga yang balik tanpa kebenaran.  Saya amat memandang serius tentang perkara ini.

Sehubungan itu, jika anda masih berminat, sila perbaiki sikap anda dalam perjumpaan seterusnya.

Sehingga berjumpa lagi.....

Puan Sharifah

Friday 2 March 2012

PERJUMPAAN DIBATALKAN

Makluman!  Perjumpaan Kelab Video dan Fotografi SMK Air Merah yang dijadualkan pada hari Selasa, 6/3/12 telah dibatalkan memandangkan ujian 1 akan berlangsung pada waktu itu.

Waktu dan tempat perjumpaan Kelab akan diumumkan nanti..

Sekian.

Pn Sharifah

Tuesday 21 February 2012

SELAMAT DATANG

Selamat datamg diucapkan kepada semua ahli kelab Videografi dan Fotografi dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ahli yang terpilih sebagai AJK kelab yang akan bertindak sebagai peneraju kepada hala tuju kelab ini.

Kelab ini ditubuhkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang akan membolehkan SMK Air Merah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan video dan fotografi peringkat kebangsaan anjuran beberapa organisasi.  Namun demikian, pertandingan KWN adalah pertandingan yang kita akan sertai setiap tahun.  Sasaran kita pada tahun ini adalah untuk merangkul tempat pertama dalam pertandingan ini.

Pertandingan yang kita cuba sertai pada tahun ini selain daripada KWN ialah Pertandingan Anugerah Hijau, ThinkQuest dan Pertandingan Fotografi Air Asia..

Diharap pada tahun ini, kita akan mencatat prestasi yang lebih baik lagi.  Adalah diharapkan juga semua ahli akan mengambil bahagian aktif dalam setiap aktiviti yang kita akan rancangkan nanti.

Sekian.

Puan Sharifah