Tuesday 21 February 2012

SELAMAT DATANG

Selamat datamg diucapkan kepada semua ahli kelab Videografi dan Fotografi dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ahli yang terpilih sebagai AJK kelab yang akan bertindak sebagai peneraju kepada hala tuju kelab ini.

Kelab ini ditubuhkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang akan membolehkan SMK Air Merah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan video dan fotografi peringkat kebangsaan anjuran beberapa organisasi.  Namun demikian, pertandingan KWN adalah pertandingan yang kita akan sertai setiap tahun.  Sasaran kita pada tahun ini adalah untuk merangkul tempat pertama dalam pertandingan ini.

Pertandingan yang kita cuba sertai pada tahun ini selain daripada KWN ialah Pertandingan Anugerah Hijau, ThinkQuest dan Pertandingan Fotografi Air Asia..

Diharap pada tahun ini, kita akan mencatat prestasi yang lebih baik lagi.  Adalah diharapkan juga semua ahli akan mengambil bahagian aktif dalam setiap aktiviti yang kita akan rancangkan nanti.

Sekian.

Puan Sharifah

No comments:

Post a Comment